Friday, November 27, 2009

Menengas di Sungai Pinggir Hutan Simpan Bubu


23 November 2009 yang lepas team Rimbagunong sempat pergi melayan tengas di Air Terjun pinggir Hutan Simpan Bubu. Air terjun ini adalah "stock/secret" pot terpencil bagi team Rimbagunong khususnya di daerah ini kerana di sini masih terdapat tengas yang beratnya menjangkau 2.0kg!










Agak lama tidak berkunjung kerana kerap buat journey ke luar daerah membuatkan kami rasa agak teruja tambahan pula "tangan menggigil" mengenangkan trip pada 4,5 & 6 Disember 2009 ini. Menggigil kerana dah tak tahan..!!cukup teruja..jadi Air terjun ini jadi tempat untuk kurangkan gigil tangan.








Perjalanan lebih kurang 40 minit berkereta dari pekan Taiping. Walaupun bergerak agak lewat dan hanya sempat luangkan masa 1 jam sebelum matahari tenggelam namun hasilnya lumayan!

No comments:

Post a Comment