Thursday, December 17, 2009

Membujuk Bujuk yang Merajuk!

Lewat petang Ahad lepas geng RimbaGunong mengambil keputusan untuk "menziarahi" lokasi bujuk yang telah lama kami lupai semenjak "kalut" dengan aktiviti merentas belantara. Kali terakhir kami menjengah pada kira-kira setahun yang lalu. Lokasi yang terletak dipinggir Tasik Bukit Merah Daerah Kerian Perak ini kami gelarkan Swamp Dark Water kerana air-air herba yang mengalir lembab dicelah-celah akar hutan tanah pamah yang mengelilingi utara dan timur Tasik Bukit Merah masuk membentuk lembangan dan sungai-sungai kecil yang airnya bergerak malas, jernih tetapi hitam warnanya! Akhirnya kesemuanya terkumpul di takungan terbesar yang namanya Tasik Bukit Merah. Kemewahan orang-orang Bukit Merah terutamanya yang menternak Golden Arowana terlalu bergantung kepada jenis dan kualiti air ini begitu juga bagi ribuan pesawah-pesawah di lembah Kerian dan juga nelayan darat tasik tersebut . Begitu besar jasanya tasik ini. Walaupun rupa airnya agak menyeramkan namun spesis ikan yang mendiaminya cukup meriah! Toman, Sebarau, Baung, Bujuk, Arowana(Kelisa), Bujuk, Temakang, Lampam, Haruan, Puyu, Pepatung, Pucuk Pisang dan pelbagai lagi...!

Setiap kali mengunjungi pasti tidak sia-sia. Perjalanan dengan pacuan 4 roda hampir 35 minit ke lokasi teringat kenangan mengujakan setahun yang lalu terutama bagi Bob(Event Director RimbaGunong). Masih tergambar di kotak fikiran bagaimana joran bertam beliau diragut bujuk hampir 1.7 kg beratnya!terlentok... terus patah namun sempat dicapai tali tangsi yang akhirnya berjaya didaratkan. Berbekalkan umpan anak ikan kap atau sepat bendang pastinya saiz sebaya memenuhi timba yang di bawa! Begitulah hebatnya populasi Bujuk di kawasan ini.



Namun kali ini suasana suram menyambut kami. Lokasi dulunya sejuk, redup dikelilingi hutan rimba kini panas, tandus dan silau! Hilang semuanya yang tinggal hanya tunggul balak yang telah ditebang digantikan anak kelapa sawit. Rimas dan kecewa melihatnya. Bergegas kami meninjau lokasi Bujuk yang biasa kami kunjungi dulu..sedih kerana habitatnya telah dicabul! Pembangunan apa ker nama nie?! Sejam yang terluang diduga juga habitat yang masih tak terusik tapi hasilnya tak semeriah dulu. Yang ada ciput-ciput, yang kasar-kasar entah menghilang ke mana! Demi kesinambungan generasi seterusnya konsep C & R dipratikkan.




Jika dulunya Tasik Bukit Merah terutama bermula di utaranya menyonsong ke Timur diliputi Hutan Tebal yang menjadi sebahagian rantaian sumber kehidupan(Ecology or Life Cycle) namun kini "bogel" dan terancam. Utaranya diteroka dan timurnya(masuk melalui jalan Pondok Tanjung)pula lori balak rakus beroperasi. Jika dirujuk pada Google Map kawasan yang padat hutan telah menyusut dari segi keluasan berbanding keluasan Tasik Bukit Merah tersebut. Itupun bukanlah the latest updated Map dari Google Map!






Walau pembangunan atas apa nama sekalipun samada haram atau halal, bertindaklah secara rasional. Jangan kerana laba untuk kesenangan hari ini kamu tanpa sedar atau sedar rakus mengorbankan rantaian sumber kehidupan khususnya untuk generasi hadapan! Kepada jutawan taukeh-taukeh Arowana di pinggir Tasik Bukit Merah sedarlah akan persekitaran yang sedang berlaku bakal mengancam sumber rezeki kamu di masa hadapan! Kamu kena fikir kenapa hanya di Tasik ini sahaja Arowana khususnya Golden species boleh membiak, tidak di tempat lain! Mesti ada istimewanya khususnya berkaitan kandungan air tasik tersebut. Kepada Jabatan Hutan dan Pejabat Daerah dan Tanah Kerian serta khususnya Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak...nak tanya,"hangpa makan gaji buta ka?! atau dah kena bela?".

No comments:

Post a Comment