Trip Recce Air Sengoh pada 5 & 6 Jun 2010 lalu terpaksa ditangguhkan saat akhir kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Walaupun agak "frust" namun team RimbaGunong dan Geng Che Wan Bukit Merah meneruskan juga misi dengan me"recce" tempat/lubok jauh ke pendalaman hutan Temenggor. Melalui jalan tinggalan lori balak, kami bergerak menyusup hampir 2 jam lebih dari Lebuh Raya Jeli-Gerik. Sepanjang perjalanan, alhamdulillah cuaca baik namun oleh kerana jalan yang ditinggalkan agak lama, maka banyak cerun-cerun yang runtuh, cukup berhati-hati. Kelibat kawanan Gajah terasa semacam dekat dengan kehadiran tanda-tanda bau, tapak kaki, buluh tumbang dan najis yang bersepahan. Sungguh "enjoy " seperti dalam safari.
Sampai di destinasi lewat petang..sambil "set up" khemah dan persedian malam, Bob dan Che Wan sempat menduga lubok dengan set pancingan ringan..hasil lumayan sekali!
Lepas Asar 6 Jun kami bergerak pulang dengan hati lalalala..
Lubok X walaupun nampak tenang tetapi dasarnya meriah! RimbaGunong akan kembali lagi!

No comments:
Post a Comment