Pada 28, 29 dan 30 Oktober 2011 team RimbaGunong bersama Karkun Anglers(geng tabligh kaki pancing..Pak Leh, Ajak dan Mat Yet Alor Janggus) turun sekali lagi ke Lubuk Pulau yang juga digelar oleh kami sebagai "Lubuk 2 ekor" kerana setiap kali menduga lubuk tersebut paling tinggi yang "boleh" hanya 2 ekor..pilih sama ada sebarau ataupun kelah! Hanya setakat itu..duduklah berapa lama pun di situ hanya 2 ekor sahaja yang dapat naik..pelik tetapi benar! Begitu juga trip kali ini 2 ekor juga..seekor kelah dan seekor lagi sebarau..pelik! Namun begitu kami tetap mensyukurinya..bakinya mungkin disimpan untuk trip yang akan datang kelak. Menyedari kekurangan tersebut, team caster RimbaGunong dikerah meninjau dan menduga beberapa lubok berhampiran dan akhirnya membuahkan hasil dengan hampir 10 ekor Sebarau rempit!
salam tuan, dimana port ni ?
ReplyDelete