Panduan untuk menentukan arah Kiblat ketika melakukan aktiviti di dalam hutan:
1. Berpandukan BURUJ ORION
Buruj ini dikenali sebagai buruj kiblat atau bintang kiblat. Ia mempunyai tiga bintang berderetan iaitu Mityaka, An-Nilam dan An-Nitak. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan ketiga-tiga bintang ini ke arah barat.
Namun , buruj ini boleh kelihatan hanya di bulan tertentu sahaja iaitu:
a. Bulan Julai-pada waktu subuh.
b. Bulan Disember-kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam.
c. Bulan Mac-berada di tengah-tengah langit pada waktu maghrib.
2. Berpandukan BINTANG QUTBI atau KUTUB

Bintang Qutbi menunjukkan arah utara benar. Bintang ini terletak dalam buruj yang dinamakan "Biduk kecil" dan berada di hujung tangkai buruj. Ia berada di langit Malaysia waktu tengah malam pada bulan Julai hingga Disember setiap tahun. Arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68 darjah(bagi Malaysia) ke kiri dari bintang qutbi.
3. Matahari Istiwa' di atas Kaabah
Di Malaysia peristiwa ini akan berlaku 2 kali setahun iaitu pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Apabila peristiwa ini berlaku, bayang-bayang sesuatu objek akan menunjukkan arah ke Kaabah.
Perlu diingat, memandangkan fenomena ini berlaku pada waktu petang, maka bayang objek akan jatuh ke arah timur. Oleh itu, arah menunjukkan Kiblat adalah bayang yang menghadap ke arah objek itu.

4. Berpandukan Matahari Terbenam
Kaedah ini semata-mata adalah tidak tepat. Sebabnya matahari sentiasa berubah iaitu 6 bulan ke Utara dan 6 bulan ke Selatan. Maka pengetahuan akan perbezaan AZIMUT matahari terbenam dengan AZIMUT Kiblat amat penting bagi menentukan arah Kiblat yang betul.
5. Penggunaan KOMPAS
Kompas adalah alat yang mudah diperolehi dan digunakan untuk menentukan arah Kiblat. Cara menggunakannya perlu betul kerana alat tersebut amat sensitif dengan tarikan magnetik seperti besi, arus elektrik, alat elektronik dan sebagainya yang mempunyai daya magnetik. Namun ia masih boleh digunakan sebagai langkah ijtihad terakhir dalam menentukan arah Kiblat. Kegunaannya adalah untuk peribadi sahaja.
Namun jika kita tersesat pada waktu malam dan tidak dapat mengesan kedudukan arah Kiblat, maka ketika di dalam darurat itu bolehlah kita menghadap ke arah mana pun yang kita yakin/anggap betul. Pada waktu itu, yang paling penting ialah kiblat hati iaitu ALlah SWT.

No comments:
Post a Comment