Perkhemahan adalah salah satu aktiviti luar(outdoor) di mana seseorang/kumpulan itu perlu berada dan mendiami buat sementara waktu di lapangan seperti di dalam hutan, tepi pantai dan lain-lain kawasan lapang. Semasa berkhemah setiap aktiviti perlu dilaksanakan bersendirian ataupun berkumpulan seperti penyediaan makanan, kebersihan tempat dan lain-lain. Aktiviti perkhemahan juga bererti menjalani kehidupan yang secara relatifnya berbeza ketika di rumah. Di dalam panduan ini, perkhemahan di dalam hutan menjadi pilihan dan fokus utama untuk RimbaGunong kongsikan bersama pengunjung blog ini..
Pemilihan & Ciri-ciri Tempat
Pemilihan tempat untuk mendirikan khemah semestinya merujuk kepada beberapa ciri di bawah:
1. Satu jam sebelum gelap bagi kawasan yang bertanah rata.
2. 2-3 jam sebelum hari gelap bagi kawasan berbukit-bukau/pergunungan.
3. Tapak bertanah rata agar mudah/selesa berbaring.
4. Dekat dengan punca air bagi memudahkan kerja-kerja memasak, membasuh dan mandi(pastikan kedudukan melebihi paras maksima kepala air jika air sungai melimpah)
5. Punyai akses yang baik dengan laluan/trek agar mudah bergerak jika berlaku kecemasan.
6. Terdapat perlindungan daripada bukit atau pokok dan tidak terdedah kepada ancaman angin. Kedudukan khemah semestinya tidak tepat di bawah pohon/pokok balak untuk elakkan dahan patah menimpa ketika angin kencang.
7. Kedudukan yang terdedah(mendapat) kepada sinaran matahari pada waktu pagi untuk mengeringkan udara lembap di dalam khemah dan juga untuk mengeringkan pakaian dan perkakasan memasak.
8. Tidak pada kedudukan/laluan/sumber makanan haiwan buas. Pastikan ketika memilih kawasan tiada kewujudan kesan tapak, najis atau sumber makanan binatang seperti kawasan pepohonan buluh atau pisang dll.
bersambung...
No comments:
Post a Comment