Friday, April 13, 2012

Dari Kuala Dipang ke Pondok Tanjung



Rabu, 12 April 2012 dan Khamis, 13 April 2012 lalu, hujan lebat sejak lewat petang membawa sejumlah besar air yang tidak mampu ditampung oleh sungai Kampar yang akhirnya melimpah membanjiri rumah penduduk di Kuala Dipang, Kampar. "Inilah yang terburuk sejak 30 tahun yang lalu..!", ujar seorang penduduk.

RAMAI CUKUP MENYEDARI...hujan lebat..air naik...dan di bawah ini hasilnya..









TETAPI RAMAI YANG GAGAL MENYEDARI bahawa..PUNCA UTAMA kepada "hasil" tersebut...





datang dari lemahnya Hutan Rimba kita yang sejak dulu rakus dinodai dek aktiviti pembalakan dan pembukaan hutan cara kurang ajar dan hanya mementingkan laba nafsu sendiri.



Hutan Simpan Pondok Tanjung antara banyak kawasan rimba di Malaysia yang sedang dibelasah sekelompok manusia opportunis. Atas alasan projek ternakan kambing, status hutan simpan wewenangnya ditukar kepada tanah kerajaan..dulunya berkeluasan 10,391 hektar(diwartakan pada 1913) telah menyusut kepada 7,164 hektar, kini 1,400 hektar sedang dibelasah rapat. Projek Kambing dengar-dengar, "hidup sekadar hidup". Sikap galak opportunis dipacu pula oleh sikap tidak ambil peduli dan kurang kesedaran kalangan warga terutama pakcik-makcik di kawasan-kawasan perdesaan..ini adalah fakta. Golongan opportunis akan terus memporak-perandakan rimba kita selagi gerakkan kesedaran cintakan alam tidak kita sebar-luaskan di kalangan warga. Isu Vale di Manjung, Lynas di Gebeng antara gerakkan kesedaran yang perlu disebar-luaskan.

















KADANG-KADANG TERFIKIR juga kenapalah "ORANG PEKAN" tidak sehebat mereka-mereka di bawah ini. Mungkin "ORANG PEKAN" tiada kepentingan dan tidak ada kesadaran akan kepentingan...sampai bila?

No comments:

Post a Comment