Friday, April 13, 2012

Fakta Berkaitan Hutan Simpan Pondok Tanjung



Status : Hutan Simpan

Keluasan : 10,391 hektar
(ketika diwartakan pada tahun 1913)

Jenis Hutan: Hutan Paya Gambut yang terbesar di Utara Semenanjung Malaysia

Fungsi Eko : Penampan/tadahan Air bagi Tasik semula jadi Tasik Bukit Merah

Nota: 5 sungai utama mengalir memasuki Tasik Bukit Merah antaranya Sungai Jelutong dan Sungai Merah. Punca air bagi aktiviti pertanian(terutama sawah padi) bagi Daerah Kerian dan Seberang Prai Selatan(SPS) dan juga aktiviti penternakaan ikan kelisa(Arowana) yang cukup terkenal di Bukit Merah.

Keluasan yang Berbaki : 7,164 hektar
(tahun 2007-2008. Keluasan tersebut termasuk 1,400 hektar ditukar status dari Hutan Simpan kepada Tanah Kerajaan untuk projek kambing)

Nota: Tanah Kerajaan berbeza dari Hutan Simpan. Tanah Kerajaan, pihak Jabatan Hutan tidak memantau ketat seperti Hutan Simpan. Justeru kesempatan tersebut diambil pihak konsesi untuk belasah rapat pokok-pokok yang ada, dari yang sebesar-besarnya hingga ke sekecil-kecilnya)

Keluasan Kini : 5,764 hektar


Pemusnahan hutan tersebut menggangu ekologi serta peranan semula jadi kawasan tersebut serta menjejaskan aliran 5 sungai utama. Justeru tidak hairanlah kawasan Kerian terutama di Alor Pongsu, Changkat Lobak, Kubu Gajah dan sekitarnya sejak akhir-akhir ini kerap dilanda banjir yang luar biasa. Selain memusnahkan harta dan mengancam nyawa penduduk kualiti air yang terjejas juga mengancam usaha pertanian khususnya penanaman padi dan tidak kecuali penternakan ikan Arowana. Paling sedih nilai hartanah di kawasan tersebut, bila ditawarkan kepada pembeli kebanyakkannya berfikir 2 kali. Aduhaii..

No comments:

Post a Comment