Thursday, April 19, 2012

Jika Mereka Mampu Berkata-kata..

Sungai Merah

Mengalir lesu..merah semerah namanya..apakan daya aku tidak mampu berkata-kata..hanya berharap sandar kepada manusia yang masih jernih fikirannya..








Sungai Jelutong

Seumpama teh tarik..jarang-jarang ada peluang untuk ke warna asalnya..rintihannya juga mewakili segala isi di dalamnya..








Bahana tanpa disedari.. yang diciptakan oleh manusia yang tamak dan sombong..sombong dengan Tuhan...sombong dengan alam..sombong dengan sedikit kuasa yang ada...alasan pembangunan..menyeret alam dan isinya simpang-perenang..







Projek Kebanggaan-dengar2 sekarang isi dalamnya kosong-nak bercucuk tanam pulak!



Laluan Pondok Tanjung-Kubu Gajah Merentas Hutan Simpan Pondok Tanjung - bezakan kiri dan kanan bahu laluan tersebut-menyedihkan.



Kisah sungai di kejiranan pun begitu juga..Sungai Ijok dah lama merajuk...dikhabarkan berpunca dari aktiviti manusia..sentiasa merah airnya




Hulunya ada aktiviti pembukaan tanah dan pembalakan


Hulunya juga ada aktiviti mengorek pasir besar-besaran




No comments:

Post a Comment