Tuesday, January 4, 2011

Perkhemahan Siri 3..




Penyusunan tapak perkhemahan penting untuk memberikan keselesaan dan ianya mengambil kira faktor keadaan muka bumi kawasan tersebut. Bagi kawasan yang sempit dan memanjang mendirikan khemah dalam satu barisan dianggap sesuai. Walau bagaimanapun jika kawasan itu agak lebar, dua barisan perkhemahan adalah lebih baik. Untuk kawasan yang lapang sistem bulatan merupakan susunan yang paling sesuai. Manakala bagi kawasan yang muka bumi tidak menentu, keadaan tapak perkhemahan secara berselerak bolehlah dipraktikkan mengikut keadaan tempat tersebut.


Bagi kemudahan serta keselamatan ahli-ahli perkhemahan, kawasan khemah hendaklah dipagar dengan tali sempadan dan diadakan tali penghubung di antara pusat tapak perkhemahan dengan tempat-tempat penting terutamanya punca air dan tandas.

Etika Perkhemahan


1. Pastikan sampah-sarap terutama bekas plastik, polystyrene dan tin dibawa keluar setelah tamat aktiviti perkhemahan dan dibuangkan ditempat pelupusan sampah yang betul. Sampah-sarap ini terutama plastik dan polystyrene merosakkan ekologi dan persekitaran semulajadi.



2. Unggun api hendaklah dipadamkan sebelum bergerak meninggalkan tapak perkhemahan setelah selesai aktiviti tersebut. Ini untuk elakkan kebakaran hutan.



3. Jika ingin mendapatkan sumber sungai untuk makanan khususnya ikan maka wajiblah para ahli perkhemahan elak menggunakan kaedah meracun(tuba), bom ataupun current(electrical shock). Ambillah yang perlu sahaja dan amalkan Concept Catch & Release(CAR) terutama spesis terancam(cth: Kelah) demi kelangsungan stok ikan tersebut untuk generasi mendatang.

No comments:

Post a Comment